Ahad, 26 Disember 2010

Part of the list..

Part of the list.. Ermm rasanya part of my life.. Without her i feel nothing.. Rasa x complete.. Tapi apakan daya aku.. Aku hanyalah insan biasa yg xdapat menghalang atau mengubah pendiriannya.. Aku xpernah mengalah tapi aku rasa cukuplah aku memaksa, cukuplah aku menyakitkan hati dia, cukuplah dengan apa yg aku dah buat kat dia.. Aku hanya inginkan yg terbaik untuknya.. Aku tahu aku bukan untuk dia.. Aku tahu aku tak dak apa yg dia ada, aku xdak apa yg dia nak.. Yang aku ada hanyalah hati yg ikhlas untuk memiliki dirinya.. Xkira apa jua alasan atau luahan hati yg aku beri untuk memiliki dirinya, dia tetap tak akan menerima diriku.. Aku tahu aku serba kekurangan.. Memang patutlah dia tak nak terima aku.. Aku xpernah salahkan diri dia sebab tak terima aku, tapi aku salahkan diri aku sebab nak dia terima aku.. Aku berterima kasih pada diri dia kerana tanpa dia, aku nothing, useless.. Kehadiran dia, perkenalan aku dan dia buatkan aku banyak berubah.. Dia banyak bagi nasihat kat aku, dia banyak tolong aku, dia banyak memberi aku kata - kata semangat.. Aku sangat - sangat berterima kasih kat dia.. :) Walau kehadiran dia hanya sementara tapi banyak yg telah buat aku berubah.. Memang aku dulu berubah sebab dia, tapi org marah aku sebab aku xikhlas.. Aku berubah sebab seorang wanita.. Tapi aku nk tegaskan, tanpa seorang wanita, lelaki tak kemana, tak dak apa.. Nothing.. Kerana bagi aku, di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita.. Berubahnya seorang lelaki kerana seorang wanita juga.. Mula  mula memang sebab wanita, tapi bila kita dah banyak memperbaiki diri, kita mesti tahu yg kita perlu berubah dengan seikhlas hati.. Jangan hanya sebab seorang wanita kita berubah.. Sebagai lelaki, aku ni bakal jadi seorang khalifah, sebagai seorang pemimpin jadi aku perlu tahu sebab apa aku perlu berubah.. Tapi wanita memang memainkan peranan yg besar dalam banyak perkara.. Dia juga memainkan peranan itu.. Sebab tu aku kata dia 'Part of the list'.. Dia sebahagian dari senarai hidup aku.. Walaupun mgkin bagi dia tu hanyalah perkara kecil dan biasa dia buat, tapi dia tak sedar apa yg dia buat tu merupakan satu titik perubahan dalam hidup aku.. Walaupun berkali aku btau dia, puas aku bgtau dia tapi dia tetap dengan keputusan dia.. Aku terpaksa terima keputusan dia.. Mungkin dia dah ada yg lain, mgkin sebab aku ni terlalu memaksa atau aku ni hanyalah penghalan untuk dia berjaya di masa hadapan.. Aku tak tahu.. Mungkin jika berjauhan dari aku, dia lebih selesa dan senang.. Jadi aku harapkan yg terbaik untuk dia..Aku doakan Kebahagiaan dia.. Aku harap dia berjaya dengan apa yg dia lakukan.. Kejayaan dia, kebahagian dia akan menjadi kebahagian aku.. Aku tahu apa yg dia sedang hadapi sekarang jadi baik aku tidak terus mengganggu kehidupan dia yg memang sukar sekarang ni.. Semoga dia berjaya.. 




Untuk awak..
Thanks sebab pernah menjadi sebahagian dari hidup orang.. Orang sayangkan awak, orang cintakan awak.. Dan orang amat merindui awak.. Orang harap awak sihat sejahtera di sana, jaga diri bebaik.. Orang janji tak akan ganggu awak lagi.. Terima kasih untuk segalanya.. 

Khamis, 9 Disember 2010

Kenapa??

Kenapa keras sgt hati dia?? Kenapa sukar sgt bg dia?? Aku.. Hmm..

Selasa, 7 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432H..

Selamat tahun baru pada umat Islam.. Semoga tahun baru ini menjanjikan sesuatu titik perubahan serta penghijrahan dari sesuatu yg buruk kepada baik, dari baik ke yg lebuh baik, yg lebih baik kepada yg lebih lebih baik insyaAllah..
Jangan di lupakan sejarah ttg penghijrahan Nabi Muhammad SAW serta umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 masihi.. Susah payah yg dihadapi serta peritnya umat2 Islam yg berhijrah utk mengembangkan agama Islam..
Janganlah kita lalai serta alpa dan jangan la hari Maal Hijrah atau Awal Muharam ni sebagai cuti semata2, lakukan sedikit sebanyak amal ibadat, lakukan solat sunat.. Sesungguhnya manusia itu sering terlupa dan sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.. Semoga tahun mendatang, tahun baru ini menjadi sesuatu yg akan membawa kita ke arah yg lebih baik serta menjadikan kita insan yg soleh dan solehah..InsyaAllah..

p/s: jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun..

SALAM MAAL HIJRAH 1432H..


Ahad, 24 Oktober 2010

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Diriku..

Tepat pkl 12 harini, maka bertambah la usia ku.. Genap la usia aku sebanyak 2* tahun.. Syukur Alhamdulillah aku masih lagi dipanjangkan usia olehNya, masih diberi nyawa untuk melihat dunia ini.. Aku mohon kepadaMu supaya diberi taufiq dan hidayah kepadaku, kepada hambaMu yg lemah dan hina ini.. Sesungguhnya aku memerlukannya.. Aku telah berjanji utk menjadi seorg khalifah kepada diri aku dan seseorg.. Dan aku akan buktikan yg aku mapu menjadi seorg khalifah di atas muka bumi ni..
Maaf, lari topik kit.. :D


                                         

Seperti biasa, hari jadi aku, aku akan sambut seorang diri tanpa teman di sisi kecuali keluarga aku dan sepupu2 aku.. Aku sayang keluarga aku, teman2 aku, kawan2 aku, dan sesapa sj yg baik dan syg akan diriku... Xkira la klu kena sambut seorg diri pun, yg penting aku xkcau sapa2 dan aku bahagia ngan hidup aku walaupun agak sedikit kucar kacir.. Haha.. Aku sekarang langsung xkisah apa2 pun, yg penting aku sayang diri aku.. I just love myself and people around me.. oo yeah...

Happy Birthday to Me..:)

24/10/2010 

Selasa, 7 September 2010

Bila melibatkan aku mesti semuanya susah..



Bukan nk cari simpati,bkn nk tarik perhatian dari dia atau sesiapa pun, tp.. Hmm.. Tah la.. Cuba nk berbaik, cuba utk jadi seperti yg dia nak, tp.. Hmm.. Xpala asal dia gembira sudah la.. Aku cuba utk x bermusuh dengan sapa2.. tp.. Hmm.. Terpulang la kat dia..

Hmm..

7/09/10       2230

Isnin, 30 Ogos 2010

Aku, Dia & Raya

Aku, dia & raya.. Aku rasa seperti tiada makna Raya aku pada tahun ni disebakan ketiadaannya.. Aku sedih, gembira, takut dan macam2 lagi perasaan yg bercampur baur.. Esok, 31 Ogos 2010, Hari Merdeka.. Juga hari pemergiannya ke suatu tempat yg akan mengubah hidupnya buat selama2nya.. 


Dia pergi semasa umat Islam sedang berpuasa,sedang menanti hari2 terakhir hari puasa utk menyambut Hari Raya.. Sedang semua org sedang sibuk membeli keperluan membeli baju raya, sedang membuat kuih dan mengemas rumah, dia pula sedang sibuk menguruskan hal2 yg penting utk dia bawa ke sana.. Orang lain semua sedang tunggu raya untuk berkumpul seluruh keluarga dan bermaaf2an, dia pula akan berjauhan dari keluarga dan akan menyambut hari raya berseorangan.. Mungkin raya ni xbermakna baginya.. Aku tahu perasaannya bercampur baur.. Aku faham dan aku mengerti perasaannnya..


Raya.. Apa maknanya raya aku tahun ni?? Xdak makna.. Kalau dia sedih xleh beraya, macam mana aku nk gembira nk sambut raya nih?? Aku akan berkongsi perasaan suka dan duka walau kita berjauhan.. Jika kau sedih, aku juga akan turut bersedih.. Jika kau bergembira, maka aku akan bergembira.. Begitu la sebaliknya.. 


Jangankan nk lalui raya ni tanpa perasaan, macam mana aku nk lalui hari2 aku tanpa kau disini?? Tanpa melihat wajahmu?? Tanpa mendengar suaramu, tanpa melihat senyumanmu?? Tapi xpa aku harap pengorbanan ni akan membawa berita baik dan bermakna kepada diri aku sendiri suatu hari nnt.. InsyaAllah.. 
_________________________________________________________________




Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi.. Kemudian dia akan pergi meninggalkan aku dan kami semua.. Aku doakan perjalananmu dan kesejahteraanmu sayang.. Aku berdoa semoga kau sihat selalu xkira dimana saja kau berada.. 


FIKIRAN SEDIKIT BERCELARU, SEBAB TU NK TAIP XDAK MOOD.. SEMUA TUNGGING TERBALIK.. HARAP MAAF..

Isnin, 31 Mei 2010

pemandu bas rapid sungguh kurang ajar

TOTALLY FUCKING SHIT!!

Tu yg aku boleh kata kat pemandu bas rapid..sungguh kurang ajar..
Ada satu kemalangan kat selekoh kat Teluk Bahang antara Suzuki Swift ngan Nissan hapa tah..
Swift tu dh makan jalan & blasah kereta Nissan tu..Swift tu berada berada btl2 tgh jalan..
laluan jadi sempit la kan..Kereta nk lalu pun susah..Nak dijadikan cerita,aku n ada la 2 org pak cik ni nk ke arah Teluk Bahang,pastu ada plak bas rapid nk p blah Tanjung..polis bg laluan kat bas rapid utk lalu dulu..dah sempit,kami terpaksa berundur la kebelakang..undur punya undur masih xlepas..xpa kami undur lagi..tp pak cik depan aku tu,xsempat dia nk undur lagi,bas dh langgar tayar depan moto dia,kami yg ada kat belakang ni jerit suh berhenti tp dia jalan gak bt bodo..terpelanting pakcik tu masuk parit..nasib baik xjadi apa2 kat pak cik tu klu xmemang merasa helmet aku ar jawabnya..tp yg paling xbest tu,dia blah tros xdak kata nk berhenti ka apa ka..yg polis kat situ pun satu punya serr..dh nmpk pakcik tu kena langgar,mai la tgk ni x..sat klu kata bodo,marah.. haish.. Xtau la.. Aku geram btoi.. Paling aku geram,pemandu bas rapid tu.. Aku klu dapat dia,haish xtau la..


31/5/10 0815

Jumaat, 21 Mei 2010

aku mohon kekuatan

Telah bermacam2 dugaan yg aku terpaksa lalui sekaligus dalam masa yg sama.. Aku tahu masalah aku tidak la sebesar mana tpi aku cuma manusia biasa.. Tpi klu dah terlalu byk dan dalam masa yg sama semua ni berlaku, sapa pun xtahan.. Disebabkan ni, kesihatan aku makin terjejas, sakit kepala aku makin menjadi2.. Aku betul2 xtahan.. Tpi sebagai lelaki aku perlu tempuhi semua ni dengan tabah dan sabar.. Aku mohon kekuatan dariNya dan aku mohon teguh pendirian aku.. Aku tahu aku boleh lakukannya walau seorang diri.. InsyaAllah..:)






Tuhan kami, janganlah jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.. Ali Imran:8

21/05/10 0828

Khamis, 20 Mei 2010

kerana pulut santan binasa

Semalaman aku xlena memikirkan apa yg telah aku buat n kata semalam.. Disebabkan xblh tido kerana terlalu memikirkan hal tersebut, aku mai kerja awal.. pkl 7 lbh dh terpacak kat depan punch card.. Aku agak melampau bila berkata2 ketika marah sehingga aku xperasan apa yg aku kata.. Aku xberfikir langsung ketika nk berkata2 bilamana amarah menguasai diri.. Aku menyesal.. Disebabkan amarah aku, aku buang kawan aku.. Aku buang org yg tegur aku.. Aku betul2 menyesal..
Semalam aku hilang beberapa kawan disebabkan perangai aku yg panas baran ni.. Aku marah dia sebab dia tegur aku.. Org tegur mesti bersebab, tp aku xterima teguran dia.. Aku marah dia lagi.. Adoi.. Aku lupa org yg tegur aku tu la yg byk tolong aku dalam mcm2 hal terutama ttg agama.. Dia jawab semua soalan yg aku tujukan.. Tp sekarang aku dh hilang tempat utk aku tny ttg agama.. Dia siap bg aku buku lagi.. Kalau nk harap aku beli, hmm smpai mati pun xbeli apa.. :( Aku pening dan aku menyesal dgn perbuatan aku.. Semua gara2 panas baran dan mulut yg xtau nk diam walau seminit ni..

Sebelum ni pun aku ada hilang seseorg yg bg aku agak istimewa disebabkan panas baran dan mulut aku ni gak.. Aku keliru dan aku xpasti apa yg aku kata.. Kata kawannya, aku agak melampau malam tu ketika aku berkata2.. Aku.. Hmm.. Memang betul la apa yg dia kata kat aku.. Aku xmatang.. Aku xblh fikir dgn sebaik2nya.. Memang patut la dia xterima aku sebab aku dasar otak sempit.. Aku xtau apa lagi patut aku buat.. Aku menyesal.. Kalau la aku boleh berhadapan dan minta maaf kat depa.. Hmm..

Memang betul la kata org2 tua.. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... Hmm.. :(

20/5/10 0812

Rabu, 19 Mei 2010

aku xblh terima teguran??

X.. sebenarnya aku boleh terima teguran sebab mmg itu yg aku perlukan.. aku perlukan teguran sebab apa yg org tegur utk kebaikan aku juga.. tp hari ni lain.. org yg tegur aku kata, depa tegur sebab syg aku.. hari ni aku pura2 xterima teguran sebab aku pun syg depa yg tegur aku.. maksud aku ialah, aku buat mcm tu sebab aku byk menyusahkan org terutama depa yg mmg care ttg aku.. jadi baik aku jauhkan diri aku dari depa supaya aku xmenyusahkan depa lagi..

Sekarang aku dh hilang org yg boleh bg nasihat kat aku baik dari segi diri aku dan juga dari segi agama.. aku terpaksa.. aku sanggup dibenci sebab bg aku tu la jalan yg terbaik.. aku.. aku dh xdak ayat lg dah.. i'm speechless..

ya Allah kau lindungi la mereka yg selalu mengambil berat ttg aku dan yg selalu memberi nasihat kat aku.. dan Kau tunjukkan la aku jalan kebenaran..

19/5/10 2330

Bukan mencari kesempurnaan..

Apa salah aku smpai hampir setiap hari aku dihentam?? Teruk sgt ka aku ni?? Apa yg org nak dari aku?? Apa lg?? Aku dh berubah.. Aku xmahu apa2 lg, aku hny inginkan keredhaanNya.. Aku hya inginkan ketenangan.. Aku tahu aku byk bersalah kat ramai org sebelum ni dan juga kat seseorg yg amat bermakna bg aku.. Aku tahu kesalahan aku xmgkin dimaafkan.. Tp jgn la sebab kesalahan lampau aku, aku dihentam secukup2nya smpai ada yg xmau bercakap dgn aku, ada yg maki hamun aku, cakap bkn2 kat aku.. Aku hny manusia biasa.. Aku mnta maaf..

Aku xmau cari masalah lg, tlg la beri aku ketenangan, beri aku kedamaian.. Xpa klu org xmau kwn dgn aku, xsuka aku, aku xkisah.. Aku ada keluarga, ada Allah disamping aku.. Aku dh cuba yg terbaik tp aku gagal, maafkan aku.. Aku mengaku salah dan aku dah kalah.. Aku akan cuba menjadi yg terbaik antara yg terbaik.. Aku hnya inginkan keredhaanNya, aku hnya inginkan ketenangan.. Aku bukan mencari kesempurnaan..

aku dan sesuatu..

aku dan sesuatu..
aku nk jadi superman..